Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Isnin, 18 Julai 2011

APAKAH PANDANGAN PROSPEK ?

Presentasi Bisnes


Apakah faktor perlu anda ketahui yang akan menentukan Presentasi Bisnes anda dianggap berjaya dan dapat perhatian prospek.



Di bawah ini terdapat 10 soalan yang perlu anda buat 'RATING' mengikut urutan.
Nombor 1 merupakan 'RATING' yang paling Penting sementara Nombor 10 adalah 'RATING' yang kurang penting.

Sebagai contoh jika anda rasa PRODUK SYARIKAT merupakan 'RATING' paling penting yang menyebabkan Prospek akan Join Business Anda, maka tuliskan No 1 di sebelah Jawapan dan jika anda rasa PROFILE SYARIKAT ke dua penting - tulis no 2 sebelah jawapan.  Lihat contoh rajah bawah ini



Ambil sedikit masa dan cuba jawab dengan menulis 'RATING' 1 hingga 10 di sebelah jawapan di bawah ini  :
  • __  Profile Syarikat
  • __  Pelan Pemasaran dan Pontensi Pendapatan
  • __  Latihan
  • __  Orang yang membuat Presentasi
  • __  Produk Syarikat
  • __  Pengalaman Pengurusan Syarikat
  • __  Sokongan Upline
  • __  Imej Syarikat
  • __  Kit Jualan
  • __  Orang terawal menyertai Program ini.
Dengan memberi 'RATING' yang betul anda akan lebih faham bila membuat sesuatu Presentasi Bisnes.  Perkara ini amat penting untuk perkembangan bisnes anda dan memperbetulkan segala kesilapan dan kelemahan .

Berlaku JUJUR - JANGAN lihat jawapan sebelum anda selesai menjawab semua soalan di atas.  Untuk mengetahui jawapan yang betul  KLIK SINI .

Jika artikel ini bermanfaat harap dapat di Share kepada rakan2 anda.  Terima Kasih




Selasa, 14 Jun 2011

MENGAPA 'SOCIAL MEDIA' DIGEMARI RAMAI

Mengapa Social media berjaya dan semakin digemari ramai ?

Antara sebab yang sangat kuat ialah kerana kepercayaan kepada 'cadangan' dari rakan ke rakan Teknik ini serupa dengan cara word of mouth (WOM) di dalam bisnes Network Marketing.


Kajian menunjukkan 14% dari kita percaya kepada Iklan sementara 76% pula pelanggan percaya kepada 'cadangan' dari orang lain untuk mereka membuat keputusan pembelian.

Kaedah cadangan rakan ke rakan (WOM) telah membolehkan pengguna berinteraksi dengan pengguna lain dan mereka boleh memilih kepada siapa mereka mahukan.

Pengguna 'Social Media' boleh menetapkan peraturan dan syarat yang berbeza terhadap setiap kenalan dalam rangkaian mereka. Semakin rapat hubungan kepada pengguna dalam rangkaian, anda akan semakin dipercayai oleh kenalan anda. Inilah perbezaan utama Sosial Media.

Umumnya perkhidmatan sosial media seperti Facebook, Twitter, instagram, google+ dan lain-lain boleh memberi manfaat untuk membuat  jualan, pemasaran, bina rangkaian B2B dan sokongan kepada pelanggan anda. Yang pasti anda mesti tahu bagaimana cara berkesan menerapkan SOCIAL MEDIA untuk bisnes anda.
Ingin pelajari Teknik Pemasaran On-line melalui Facebook dapatkan Tips Online Business Solutions Klik www.u2ubiz.com

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Isnin, 27 September 2010

PAY PAL

GUNAKAN PAYPAL UNTUK TRANSAKSI BISNES ANDA

PayPal adalah cara yang lebih selamat dan mudah untuk anda membayar dan menerima bayaran.

Gunakan kad kredit dengan PayPal dan dapatkan semua manfaat dari kad kredit anda- tanpa mendedahkan nombor kad kredit kepada Pelanggan anda.


1. Gunakan PayPal Sangat Selamat Sebab:

  • Nombor kad kredit tidak akan diketahui oleh penjual.
  • 100% perlindungan terhadap setiap pembayaran yang tidak sah.
  •  Setiap pembelian disahkan dengan penerimaan e-mel.

2. Gunakan PayPal Mudah Sebab:

  • Satu akaun, satu password boleh di gunakan untuk mana-mana Laman web.
  • Anda boleh bayar dengan kad kredit, kad debit atau akaun bank.  Anda yang pilih.
  • Boleh diterima di laman web di seluruh dunia.

Paypal adalah medium yang bertindak sebagai akaun duit di internet.  Pelanggan boleh membayar terus ke akaun Paypal anda dan anda boleh mengeluarkan wang tersebut dengan transfer ke akaun bank anda atau pindah ke Debit kad  (Visa sahaja).

Dengan Paypal juga, anda boleh menerima pembayaran dari kad kredit pelanggan anda.

Sebagai contoh Saya menggunakan PAYPAL untuk menerima wang dari pelanggan yang membeli BUKU-BUKU di Website Saya.





Jika anda ingin menjual dan membeli produk2 secara on-line gunakan PAYPAL lebih selamat.   Ingin Buat Pendaftaran PAYPAL  KLIK SINI.

Semoga artikel ini bermanfaat dan harap dapat di share pada rakan2 anda.


Khamis, 26 Ogos 2010

LIST OF NAMES - PROSPECTING

Cara bagaimana membina rangkaian ANDA dengan cepat:

Terdapat (3) Tiga Jenis Golongan Market yang perlu anda ketahui:

            a  Hot Market.
            b. Warm Market
            c. Cold Market

a. Hot Market

Fokus dalam minggu pertama dan Tulis nama-nama Hot Market anda iaitu orang-orang terdekat dengan anda yang sering bertemu seperti adik beradik, Pak Cik, Mak Cik, Anak Saudara, Kawan2 terdekat, Adik Beradik sebelah Isteri/Suami.  Selalunya senarai Hot Market ini tak berapa ramai sangat mungkin dari 20-30 orang. 

b.  Warm Market.

Juga Tulis nama-nama Warm Market anda yang terdiri dari Nama rakan2 di dalam Handphone.  Anda kenali mereka tapi jarang 'Contact'.

Setelah anda senaraikan nama-nama Hot & Warm Market hubungi mereka untuk buat pertemuan dengan tujuan ingin 'Share' bisnes anda kepada mereka.  Pilihlah orang yang anda kenali dulu.

Untuk peringkat awal anda boleh minta tunjuk ajar dari 'Mentor' atau 'Upline' bagaimana cara 'sharing' kepada prospek anda.  Borrow the Power 'Mentor' anda  dan belajar dengan pantas dari 'Mentor' anda.  Jika ada Kursus atau Seminar hadiri anda harus hadir dan belajar cara buat presentasi. 

Lakukan perkara di atas dalam Minggu pertama setelah anda Join.

Anda boleh Gunakan Kaedah SMS POWER , WhatsApp , WeChat atau Telefon, Hot and Warm Market anda, katakan anda ada "Projek Baik untuk di Share bersama mereka".

c.  Cold Market.

Setelah selesai buat pertemuan pada 'Hot & Warn Market' barulah pergi kepada 'Cold Market'.  Anda harus faham bahawa 'Cold Market' terdiri dari mereka yang anda tidak Kenali dan merupakan market terbesar yang boleh anda perolehi asalkan anda tahu cara untuk mendapatkannya.

'Cold Market' adalah Pilihan terbaik untuk kembangkan empayer bisnes anda, kerana 'Cold Market' terbahagi kepada beberapa Golongan iaitu Pelajar, Suri Rumah, Pesara, Usahawan, Peniaga, Para Profesioanal, Guru dan sebagainya. 

Ada 2 cara bagaimana anda boleh mendapat 'Cold Market' contoh:

                    a  Cara Off-line (Old School).
                    b. Cara On-line (New School)
           
Berikut adalah cara Off-line
  • Melalui Kad Nama Anda
  • Melalui Flyers atau Poster
  • Melalui Surat Khabar, Majalah, Yellow Pages dll
  • Melalui 'Direct Approach'
  • Ramaikan kenalan dengan menghadiri Seminar, di Masjid, Kursus, Persatuan dll
  • Buat Road Show
  • Anjurkan Seminar atau Preview Bisnes.
Berikut adalah cara On-line
  • Internet Online melalui cara berikut:
  • emel Marketing
  • Mailing List - Yahoo, Google
  • Masuk Forum
  • Blog - Blogspot, Wordpress
  • Social Network - Facebook, twitter, instagram, google+, youtube , carosell dan lain2
  • WhatsApp, wechat dll
  • Bina Blog/Web business anda
  • Newsletter
  • Opt-in Form etc

Anda boleh gunakan Teknik Cold Market di atas untuk dapatkan prospek dengan pantas.

Semua nama2 prospek mesti di tulis di dalam buku 'Prospecting' anda.  Tulis nama prospek, tarikh, dan 'remarks' sebab prospek hubungi anda.   Di bawah ini adalah buku saya sediakan sebagai contoh tulis nama2 prospek seperti di dalam buku ini:



Semoga 'sharing' ini memberi Ilmu untuk anda kembangkan dan berjaya di dalam bisnes yang anda ceburi.

Jika artikel ini bermanfaat, harap dapat di 'share' pada rakan-rakan anda yang perlukan bimbingan.  Semoga mereka berjaya.  Terima Kasih

Rabu, 11 Ogos 2010

BAGAIMANA MULAKAN BISNES NETWORK MARKETING?

Apa itu Langkah Kejayaan?

Satu soalan yang perlu dihurai untuk pendatang baru dalam Network Marketing ialah bagaimana bermula?  Antara kaedah yang telah terbukti melahirkan ramai yang berjaya dan meraih pendapatan lumayan menggunakan langkah di bawah ini:

Tujuh (7) langkah yang mesti anda lalui untuk berjaya dalam sesuatu bisnes :
  1. Belajar
  2. Sponsor
  3. Coaching
  4. Momentum 
  5. Monitor the ‘player’
  6. 'Breaking your personal Best'  

1.  MULAKAN DENGAN BELAJAR

Walaupun anda rasa sudah tahu bagaimana menjalankan bisnes yang lain, sebagai ahli baru anda mesti bermula dengan ZERO.

Bermula dari Zero’. Turunkan EGO anda dan mulakanlah dengan BELAJAR.  Carilah 'MENTOR' anda. Belajarlah dari mereka yang telah terbukti berjaya di dalam bisnes yang sama, jika kurang faham jangan malu untuk bertamya.

Ketahuilah setiap perniagaan mempunyai Sistem Pengurusan, Sistem Pembayaran, Produk dan Sistem Pendidikan yang berbeza.

Belajar memerlukan Masa, Disiplin dan Kesungguhan.  Ikuti Latihan, Kursus, Bengkel yang disediakan oleh syarikat yang anda ceburi dan sebagai tambahan hadiri Seminar dan Leadership Training.  Ada Seminar yang PERCUMA dan ada Seminar yang perlu dibayar.

Banyakkan baca buku2 tentang perniagaan anda, sentiasa dengar CD yang di sediakan oleh syarikat , tonton VCD dan baca buku-buku kejayaan,

Penting sekali anda lengkapkan diri anda dengan Ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan bisnes secepat mungkin.

  “Kejayaan adalah Kemahiran yang boleh dipelajari” 

Jika Syarikat  ada menyediakan TOOL KITs untuk kemudahan anda menjalankan Bisnes ini dapatkan dan belajar cara menggunakan TOOL KITs tersebut:  Dapatkan juga
  •  Majalah Syarikat
  •  Buku Rahsia Kejayaan Bisnes
  •  DVD 
  •  Flyers dan Booklet
  •  Name Card’
  •  Rubber Stamp’ untuk ‘Flyers’.
  •  Thumb Drive Business Presentation
  •  Borang Keahlian
Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas ialah dengan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh MENTOR. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan.

Bisnes Network Marketing memberi peluang yang sangat besar untuk meraih pendapatan yang Lumayan yang boleh dijadikan Passive Income.
 "Tiada seorang pun yang tidak buat duit kecuali bagi mereka yang masuk tapi tak buat apa-apa!"
Lagi cepat anda capai Impian anda, sebenarnya lebih baik untuk diri anda dan jaringan anda.

Capailah Matlamat anda dengan lakukan perubahan yang drastik, buatlah sesuatu yang tidak pernah anda lakukan, keluarkan diri anda dari Zon Selesa, kurangkan masa anda dalam menonton TV yang tidak perlu dan gantikan dengan membaca buku-buku motivasi, mendengar CD dan menonton DVD motivasi.
. “Katakan pada diri anda - Kalau Mereka Boleh Aku Pun Boleh” 
Teknologi dan cara perniagaan telah berubah.  Jika anda serius untuk berjaya dalam bisnes, anda mesti belajar cara berbisnes on-line. Bina webpage (Kedai Maya), Blog Bisnes, aktif di Social Media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google-Plus dan banyak lagi

Berikan diri anda masa 3 Bulan untuk belajar bersungguh-sungguh dan fahami ilmu bisnes ini secepat mungkin.  Ketahuilah bahawa Network Marketing adalah Bisnes yang menuntut kemahiran di mana anda mesti mempunyai Ilmu yang betul untuk menjalankannya.

Network Marketing tidaklah semudah apa yang anda sangkakan. Tetapi jika dibandingkan bisnes 'Conventional' di luar SANA sebenarnya Network Marketing adalah lebih mudah dilaksanakan.

Walaupun Bisnes ini lebih mudah, namun anda perlu mengikuti sistem pendidikan yang telah diaturkan oleh syarikat. Anda perlu belajar dan mahir topik-topik berikut:

  1. Kemahiran membuat 1 on 1 Presentasi
  2. Kemahiran membuat Business Preview
  3. Kemahiran memimpin Down-line. 
  4.  Pengetahuan Profil Syarikat / Produk / Pelan Pemasaran.
Syarikat Network Marketing selalunya mengajurkan Seminar, Latihan dan Bengkel dan lain-lain.
Anda boleh lihat di Website dan buat pendaftaran untuk ikuti Seminar, Latihan dan lain-lain aktiviti.

 “Jika ada orang yang lebih baik dari anda, ini bermakna mereka tahu sesuatu yang anda tidak ketahui.”

Jika artikel ini bermanfaat harap dapat di share pada sahabat2 lain.  Terima Kasih

BINA ORGANASASI ANDA

Formula Kejayaan yang perlu anda lakukan untuk membina Organasasi Anda

The Winning Team

Anda mesti mempuyai kumpulan dinamakanWinning Team, Team work sangat penting untuk anda dan kumpulan anda berjaya.  Winning Team adalah kumpulan yang sentiasa bergerak bersama dan merancang akitiviti bersama.

Untuk dapatkan Winning Team anda mesti ada sistem untuk membina Organasasi dan mengajar semua organasasi mengikut sistem yang sama iaitu:  
  • Prospecting
  • Presentation
  • Follow Up dan Follow Thru
  • Closing & Servicing  

Lihat rajah duplikasi tiga (3) Orang dari atas ke bawah sebagai contoh :

 "Ali" (Direct Sponsor anda),
 "Bakar" (Direct Sponsor Ali),
 "Combi" (Direct Sponsor Bakar) 




Setelah "Ali" bersetuju menjadi Ahli bersama anda, tanggungjawab (anda) U ialah mengajar dan membantu "Ali" bagaimana buat Prospecting dan Sponsoring dalam masa 10 hari pertama

Ajar Ali tulis nama-nama prospek di buku 'Prospecting', mulakan dengan Hot Market dan Warm Market.  Dapatkan lima (5) Sponsor untuk "Ali" secepat mungkin.

Buat Servicing kepada Ali pastikan dia ikuti Kursus, Seminar, Workshop, Produk, Preview Bisnes dengar CD, tonton DVD, Tambahkan Ilmu dengan membaca buku2 yang berkaitan dengan Bisnes. 

Didik dan bimbing "Ali" dari
  • Ahli Biasa kepada Player
  • Player kepada Leader dalam Winning Team

Apabila "Ali" tahu menjalankan Bisnes ini maka mudahlah untuk "Ali" membantu dan mengajar "Bakar" seperti anda lakukan kepada "Ali" dan disinilah proses duplikasi sistem yang sama berlaku.

Duplikasi tiga (3) orang ke bawah iaitu:
  • Ajar "Ali"
  • "Ali" pula  mengajar "Bakar"
  • "Bakar" mengajar  "Combi" dan
  • teruskan buat duplikasi, duplikasi dan duplikasi....

Pilih antara 5 hingga 25 orang direct Sponsor di dalam organasasi anda yang serius menjalankan Bisnes ini bersama anda. 

Buat Coaching & Training. Bentuk WINNING TEAM yang kuat dan sentiasa jalankan aktiviti bersama mereka.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda dan harap dapat di share kepada rakan niaga anda.  Terima Kasih

Jumaat, 6 Ogos 2010

KAD NAMA SEBAGAI TOOL BISNES

Apa Faedahnya KAD NAMA ?


Salah satu tool bisnes seorang Usahawan ialah Kad Nama 'Name Card'.

Flyers, Majalah Syarikat, Produk dan banyak lagi tool perniagaan yang perlu anda miliki.

Kad nama adalah tool bisnes yang paling ringkas dan mudah untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada Prospek anda.

Di dalam Kad Nama akan tertulis
  • Nama , 
  • Jawatan, 
  • No Mobile, 
  • Email, 
  • Gambar Produk,
  • Alamat Syarikat dan 
  • Website bisnes anda.

Kad Nama kecil dan mudah dibawa kemana2 di dalam beg duit anda.  Berniaga seperti berperang kena sentiasa bersedia dengan 'tool' peperangan seperti senapang, pisau, makanan dan lain2.  Sama seperti Bisnes, anda mesti sentiasa bersedia dengan tool bisnes anda iaitu Kad Nama pada bila-bila masa.

Kita sering bertemu dengan rakan-rakan lama tanpa diduga seperti di Bas stesyen, MRT, majlis perkahwinan, di masjid dan lain2 kadang tak sempat memberi penerangan bisnes yang kita buat pada mereka. 

Dengan adanya Kad Nama kita boleh berikan kepada mereka dan galakkan kawan kita lunsuri Web atau blog kita contoh: www.OneGoldDinar.com

Ada syarikat yang menyediakan khidmat buat Kad Nama >> 100 pcs $15.00 sahaja.




Serius dalam Bisnes Anda -  Buat Kad Nama Sekarang

Rabu, 4 Ogos 2010

IKUT SISTEM


Menjalankan Bisnes Network Marketing memerlukan ILMU dan KEMAHIRAN. Cuba anda baca Kisah seorang Ahli Baru ini yang bernama "Ahmad".

"Ahmad" baru beberapa hari menganggotai Program Network Marketing  Setelah membaca beberapa buah buku dan mendengar Taklimat Bisnes "Ahmad" merasa Perlu Sponsor downline untuk mendapat Pendapatan Cepat.



Pagi Isnin.

 "Ahmad" telah bersiap sedia untuk membuat Sponsor. Ahmad bagun pagi dengan penuh bersemangat dan bersiap sedia untuk melakukan Sponsor .Tepat Jam 10:00pg Ahmad mengulangkaji Matlamat dan Mind Set dan mengakaji bagaimana dia boleh mendapat wang Bonus $59.50 jika dapat Sponsor 2 anggota baru hari ini.

"Ahmad" terus dail Nombor kenalan beliau. Setelah deringan 3 kali "Ahmad" terus tutup. Dalam fikirannya mengatakan "mungkin masih tidur, saya tak sepatutnya telefon waktu ini". Kemudian "Ahmad" terus melihat carta bagaimana mendapat $1000 dalam 1 bulan.

Jam 10:20pg "Ahmad" buat panggilan kedua. Deringan 'engage' "Ahmad" rasa lega dan terus berfikir mungkin dia pun tak minat dalam bisnes ini.

"Ahmad" terus mengulang kaji tentang Syarikat dan cara buat prospecting sambil melihat siapa lagi prospek yang boleh dihubungi. "Ahmad" berkata kepada dirinya "Saya tak takut rejection dan berani". Tanpa disedari apabila "Ahmad" melihat jam tangan rupa-rupa dah pukul 12:00tgh. Dalam hati berkata " Baik aku Makan Dulu lah" setelah tu boleh teruskan buat Sponsoring.

Jam 1:30 ptg "Ahmad" pun mula bertolak dari rumah  dan berfikir mana nak pergi dulu? Tiada rancangan dan tiada temu janji. Lalu terfikir baik aku jumpa kawan aku yang ada kedai runcit. setibanya di sana kelihatan kawannya sibuk dengan pelanggan.  Kemudian ke kedai kawan gunting rambut sampai di sana, wah mereka pun sibuk melayan pelanggannya.

Jam 3:00 petang "Ahmad" dah rasa keletihan dan menyerdari Keyakinannya dah mula kendur. Kemudian pulang kerumah dengan rasa hampa.  

Inilah perkara yang sering berlaku kepada ahli baru apabila tidak mengikut Sistem yang betul dan mengapa Ramai ahli yang berhenti Separuh Jalan.


Anda perlukan MENTOR untuk membimbing anda, cara yang betul dan mengikut sistem latihan.  Jangan sesekali bertindak bersendirian.  Sebagai pendatang baru anda perlukan banyak ILMU selalu berbincang dengan MENTOR anda jika ada perkara yang kurang faham. 

Ikut SISTEM PEMBELAJARAN yang disedia oleh Syarikat yang anda sertai.  Buat pendaftaran seberapa segera untuk hadiri Kursus, Seminar, workshop dan Leadership Training .  

Bermula dari ZERO dan tambahkan ILMU anda secepat mungkin.   Belajar cara buat Presentasi Bisnes. 

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan semoga mendapat manfaat.

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com