Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Khamis, 3 September 2009

PROSPEK - ADAKAH SUSAH NAK DAPAT?

SUSAH NAK DAPAT PROSPEK - PENYEBAB KEGAGALAN NETWORK MARKETING

Saya sering beberapa kali bertemu dengan mereka yang tidak lagi aktif menjalankan bisnes Network Marketing dan saya tahu ketika mula-mula JOIN dulu, mereka ini sangat 'gairah' !
Apabila saya tanya kenapa tidak teruskan bisnes ini. Mereka menjawab SUSAH NAK CARI ORANG!

Saya teringat ketika saya mula menceburi dengan Network Marketing, ketika itu saya baru mengenalinya. Kata 'MENTOR' saya dua (2) perkara sangat penting kalau hendak berjaya dalam sesuatu bisnes ialah:
  1. Adakan Masa dan 
  2. Kesungguhan. 
Sehingga sekarang saya masih menggunakan kaedah itu dan percayalah dengan formula ini siapa pun boleh berjaya menjalankan bisnes.  Sebenarnya apabila dikatakan bisnes tiada jalan 'Short Cut' untuk berjaya.

Terpenting hendak berjaya kita kena belajar dari MENTOR yang terbukti telah berjaya menjalankan Perniagaan yang sama.  Kemudia ikuti semua sistem pembelajaran yang telah disediakan oleh sesuatu syarikat.  Fahami akan teknik dan cara menjalankan bisnes tersebut dengan cepat.  Kalau kurang faham hubungi MENTOR anda untuk berbincang.

Anda Mesti ada kesabaran dan FOKUS apa yang dibuat.  Apabila anda tidak FOKUS pada bisnes yang anda jalankan akan menyebabkan anda lari dari tujuan asal, kenapa anda Join bisnes ini.

Bagi menjawab Soalan Susah Nak Cari Orang maksudnya Prospek.

Sebenarnya anda tak perlu cari pun, orang memang sentiasa ada di sekeliling anda, cuma soalnya anda tidak tahu cara bagaimana hendak 'approach' atau mulakan perbualan.

Pelajari kemahiran Formula F.O.R.M. Bila anda mengetahuinya anda akan hairan alangkah mudahnya mendapatkan prospek.

Sebagai Tips - "Ajukan Soalan seperti berikut:"

  1. "Abang Saya ada berita baik nak saya kongsikan - Abang ada 2 Minit untuk Saya terangkan? "
  2. "Saya ada Projek Baik  - Abang ada 2 Minit untuk saya Share"

Gunakan Formula F.O.R.M setelah prospek setuju
  • F - Family - Bincangkan mengenai ahli keluarga,
    • apa yang mereka lakukan sekarang?
    • Apakah pekerjaan dan pendidikan mereka?
    • Cuba untuk mengetahui kepentingan setiap ahli keluarga.
  • O - Occupation -  iaitu tanya pada prospek
    • kerja di mana? dah berapa Lama?
    • Macamana Gaji ?
    • Bincangkan senario ekonomi
  • R - Recreation - Ketahui kepentingan rekreasi prospek anda.
    • Apa yang dia suka lakukan pada masa lapang 
  • M - Money - Wang adalah antara perbincangan yang sangat penting. 
    • Tanya apa rancangan masa depan beliau dari segi pelaburan dan wang simpanan.  
    • Semak dia ada kebimbangan terhadap pendapatan masa hadapan.
Point2 di atas boleh di jadikan perbincangan dan juga untuk anda buat Closing.

Satu cara lain untuk anda mendapatkan Prospek ialah dengan menggunakan Social Media seperti Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus dll.

Anda juga boleh guna Blog Perniagaan untuk mendapatkan Prospek.  Blog dan social media merupakan media yang sangat penting jika anda ingin mendapat prospek secara On-line.

Pelajari teknik dan strateji on-line  - Tukarkan Follower anda kepada Customer anda dan kemudian kepada rakan kongsi anda.

Cara On-line Marketing gunakan approach yang berbeza

"Kita tidak menjual produk di Social Media sebaliknya Kita hanya Share tentang kebaikkan dan manfaat sesuatu produk dan perkhidmatan"

Jika anda mempunyai Facebook letakkan Link Follow Facebook anda di Blog Business anda.

Bawah ini adalah contoh button yang boleh anda gunakan untuk dapat ramai follower. 

Saya harap anda menjadi Follower saya dengan Klik Button di bawah ini dan seterusnya belajar bagaimana saya buat posting di Facebook.



Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda, harap dapat dikongsikan bersama sahabat2 kita yang ingin buat bisnes on-line tetapi belum tahu caranya.  Terima kasih



0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com