Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Sabtu, 29 Mei 2010

Rabu, 19 Mei 2010

TABLE TALK


Kaedah lain untuk mendapat Customer atau Prospek ialah kemahiran membuat presentasi bisnes atau 'table talk'.  Agen insuran dan agen rumah juga membuat presentasi bisnes mereka secara One-on-One (1O1) , Jadi apakah bezanya antara bisnes kita dengan mereka?

Sebelum anda melakukan 'Table Talk' kepada prospek anda, ada beberapa perkara yang mesti anda ketahui.

  1. Anda mesti bersedia dengan Tools yang diperlukan untuk buat Table Talk seperti  Kad Nama, Dokumen Penting, Buku Presentasi, Kertas A4, flyers dan lain-lain.
  2. Datang 30 minit lebih awal.
  3. Tempat yang sesuai ( tidak terlalu bising).
  4. Tahu bagaimana atasi 'Objections' prospek
  5. Menggunakan Teknik 3P, FORM dan lain-lain
  6. Tahu Teknik lakukan Power Closing.

Jadikan jumpa prospek setiap hari sebagai hobby anda dengan demikian anda tidak akan rasa tertekan walaupun anda ada target yang ingin anda capai.

Sebelum keluar rumah berdoalah dan tanamkan niat "anda lakukan ini untuk keluarga dan masa depan keluarga anda".

Saya doakan anda berjaya dalam menjalankan perniagaan anda sendiri.

Selasa, 11 Mei 2010

BIAR PROSPEK MECARI KITA

Mana lebih mudah kita mencari prospek atau prospek mencari kita?

Jawapannya tentulah lebih mudah prospek mencari kita.  Prospek yang mencari peluang bisnes, minda mereka lebih bersedia dan lebih terbuka dan lebih mudah untuk kita buat Closing.  Prospecting adalah asas yang menentukan kejayaan bisnes anda.

Tiada prospek bermakna bisnes anda tidak berkembang.  Sebab itu anda perlu mahir dan belajar cara dapatkan prospek samada cara Off-line ataupun On line.
        
a.  Berikut adalah cara Off-line
  • Melalui Kad Nama
  • Melalui Flyers atau Poster
  • Melalui Surat Khabar, Majalah, Yellow Pages dll
  • Melalui 'Direct Approach'
  • Hadiri Seminar, di Masjid, Kursus, Persatuan dll
  • Buat Road Show
  • Buka Booth
  • Anjurkan Seminar atau Preview Bisnes.
  • Home Party dll
Anda perlu kreatif untuk lakukan teknik2 off-line di atas,  untuk hilangkan rasa 'Malu' sebaiknya buat dengan berkumpulan.  Sentiasa bersedia dengan Kad Nama dan Flyers anda di dalam beg.  Sentiasa cari peluang untuk bercerita pada orang yang anda bertemui samaada di Kedai Kopi, Majlis Perkahwinan, Di Majlis Perjumpaan dan lain2.

Satu Teknik saya gunakan cara off-line ialah dengan gunakan FLYERS  dan POSTER.   Dengan flyers anda boleh berikan ketika ada Majlis Keramaian sementara untuk POSTER anda boleh tampal di tempat-tempat yang di benarkan.

Tampal POSTER bisnes anda di kolong2 blok HDB dan Notice Board di Supermarket di Stesen Bas dan banyak lagi tempat2 yang boleh anda tampal. 

Hebatnya cara ini anda tidak perlu keluar wang yang banyak sila lihat Contoh. POSTER di bawah ini:


b.  Teknik Internet On-line Marketing
  • emel Marketing
  • Mailing List - Yahoo, Google
  • Masuk Forum
  • Blog - Blogspot, Wordpress
  • Social Network - Facebook, twitter, instagram, google+, carosell dan lain2
  • Video Social Youtube, Metacafe, Vimeo dll
  • WhatsApp, wechat dll
  • Bina Blog/Web business anda
  • Newsletter
  • Opt-in Form etc
Banyak cara on-line yang anda boleh gunakan untuk dapatkan Prospek samada yang Percuma dan berbayar.  Anda juga boleh gunakan Social Media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Google+ dan lain-lain.  Anda juga boleh gunakan Video social seperti Youtube, Metacafe, Vimeo dan banyak lagi.

WhatsApp dan Wechat juga merupa media yang baik untuk anda dapatkan prospek.

Selain dari Social Media anda juga boleh buat Blog.  Ada Blog yang Percuma dan ada juga yang berbayar.  Semuanya adalah pilihan anda,  cuma saya syorkan jika anda serius dalam perniagaan anda pilihlah yang berbayar, register hosting dan domain untuk long term bisnes anda.

Sebagai contoh bagaimana saya dapatkan Prospek on-line anda boleh lihat Blog Emas saya www.m.OneGoldDinar.com dan juga Facebook Saya Mohd Suliman Hafid

Terima Kasih kerana sudi membaca Artikel ini, di harap ianya bermanfaat untuk anda semua dan Sila 'share' kepada teman2 niaga anda.

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com