Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Khamis, 24 Jun 2010

EMPAT (4) ELEMEN UTAMA - KEJAYAAN

Terdapat 4 Elemen utama untuk berjaya di dalam Network Marketing iaitu :

1.   Anda harus menjadi pemimpin
2.   Anda harus mencintai perniagaan anda
3.   Anda harus menghadiri latihan syarikat anda
4.   Anda harus melahirkan pemimpin

Perkara di atas kelihatan 'Mudah' tetapi ramai dikalangan Networkers yang gagal melaksanakannya. 

Apabila kita tidak tahu dan mempelajari cara menduplikasikan sistem yang sama kepada 'downline' , akhirnya kita sendiri akan 'gagal' dan pendapatan bulanan kita akan berkurangan dan apabila pendapatan kita semakin berkurang inilah kegagalan sebenar di dalam network marketing.  

Proses duplikasi memainkan peranan yang sangat mustahak jika anda ingin berjaya di dalam network marketing.  Jadi, pelajari dan fahami bagaimana anda boleh terus kekal menjalankan network marketing. 

"Orang lain buat Duit, Anda buat Alasan" 
 Dato Dr Md Fadzillah Kamsah 

Teruskan membaca blog ini ...



Khamis, 17 Jun 2010

TIGA (3) KESILAPAN BESAR MENGAPA ANDA GAGAL

Tiga (3) Kesilapan besar mengapa 95% daripada Networkers Gagal dan menyebabkan mereka membuang-buang waktu dengan prospek yang tidak berminat, mengalami tekanan kerana ‘rejections’ dan menghabiskan terlalu banyak waktu fokus pada tugas-tugas yang salah!

Kesilapan # 1 – Membuang Waktu Untuk Cuba "Yakinkan" Prospek Anda.

Pernahkah anda duduk berfikir dan mencari sebab mengapa sebahagian besar prospek tidak menyertai bersama anda? Tahukah anda sebab sebenarnya adalah

• BUKAN kerana kurangnya wang.
• BUKAN kerana kurangnya masa.
• BUKAN kerana mereka tidak berfikir itu "untuk mereka". 

Sebab utama mengapa Prospek tidak bergabung dengan anda adalah kerana mereka tidak FAHAM apa itu rangkaian pemasaran (Network Marketing).

Mereka tidak mendengar kata-kata "Peluang pendapatan automatik, membantu orang lain, atau kebebasan masa". Malahan, mereka mendengar kata-kata "skim piramid, skim cepat kaya, hanya pemimpin atas menghasilkan wang" dan lain-lain.

Mereka berfikiran Network Marketing sebagai "negatif" .  Jadi anda sebenarnya seperti berbual dengan tembok dan membuang masa anda!

Oleh kerana itu - hal pertama yang harus anda lakukan untuk menjadi sukses adalah menjadi seperti seorang ‘ Mentor’ yang professional sehingga akhirnya anda boleh membantu mengatasi rejections di atas tadi.

Kesilapan # 2 - Anda Jadi Seorang Jurujual ( Salesman)

Belajar bagaimana untuk jadi seorang jurujual adalah satu kesalahan terbesar dalam Network Marketing. Bukanlah sebab jurujual tidak baik – tetapi terdapat 2 kelemahan utama sebagai jurujual dari sudut Network Marketing.

 1.Kelemahan Pertama
Anda tentu akan mendapat rintangan kerana cuba menjual sesuatu kepada prospek. Sebaliknya, anda harus fokus kepada menjadi teman untuk membantu bukan menjadi Jurujual. Apabila anda berbicara anggaplah anda berbicara dengan kawan rapat dan saudara terdekat anda.
2. Kelemahan kedua
Untuk menjadi seorang Jurujual memerlukan banyak masa untuk belajar bagaimana melakukannya. Walaubagaimana pun untuk berjaya dalam bisnes Network Marketing anda mesti tahu paling tidak dasar-dasar jualan. Anda juga perlu tahu cara mengatasi objections mereka dan fokuskan kepada prospek yang ingin tahu akan bisnes ini.
Hal ini membuat hidup anda lebih mudah dan anda hanya perlu mengetahui beberapa asas-asas komunikasi yang berkesan.

Kesilapan # 3 - Tidak "Kloning" Diri Anda SEGERA
Pernahkah anda merangsang dan mengharap akan perkembangan bisnes menjadi seperti anda? Atau hanya mahukan 'down-line' anda hanya membuat sponsor dan sponsor untuk bergabung dengan perniagaan ini yang membolehkan ANDA menerima bonus sebagai upline yang tidak layak?

Apakah cara yang betul?
Jika anda inginkan perniagaan Network Marketing anda berjaya. Anda mesti tahu cara menduplikasi atau klon diri anda dengan segera kepada downline anda.

Sayangnya kita tidak dapat klon robot untuk jadikan downline kita. Tapi ini bukanlah satu penghalang untuk mencapai impian dan matlamat anda!
Sebab itu jika 85% (atau lebih) dari prospek anda yang tidak menyertainya tdak akan memberi kesan yang Negatif yang akhirnya menyebabkan anda menyerah diri dan berhenti sebelum mendapat wang dalam Network Marketing.

Kajian membuktikan bahawa hanya 3-5% daripada Networkers mempunyai anti-virus yang cukup tebal untuk menangani penolakan dan terus lakukan bisnes ini tanpa berhenti. 

Jadi, 'hidupkan' downline anda adalah sangat mustahak dengan memberikan ILMU dan mengikuti sistem yang betul.

Anda harus tahu cara menggunakan sistem untuk mendapat downline lebih besar, kerja yang kurang dan sekali gus dapat membantu downline anda mendapatkan lebih banyak ahli.

Diharap maklumat ini memberi manfaat untuk anda dan harap dapat di 'share' pada teman2 kongsi niaga anda.  Terima Kasih.

Ahad, 13 Jun 2010

TUJUH (7) KESILAPAN DALAM BISNES



1) Sikap Part Time

Tidak salah anda lakukan bisnes secara Part-Time pada peringkat awal, kerana anda masih lagi bekerja. Tetapi apa yang silap apabila anda memiliki SIKAP Part-Time terhadap bisnes itu.

Ramai orang baru baru gagal kerana mereka memperlakukan perniagaan ini seperti HOBI. Hal ini akan memberi kesan terhadap pendapatan yang akan anda perolehi.  Jadi, jangan jadikan perniagaan ini sebagai cuba-cuba.  Buat komitmen dan bina rangkaian anda dengan pantas.

2) Jangan Buat Diri Anda Bermasalah.

Apabila anda pertama kali melakukan bisnes tdak kira apa bentuk bisnes sekalipun, anda adalah baru dan tidak mempunyai ilmu. Anda belum tahu sepenuhnya tentang syarikat, tentang produk dan pelan pemasaran. Anda sangat baru, Jadi bagaimana anda mengembangkan perniagaan anda, sedangkan anda belum pun menerima sebarang pendapatan pembayaran. Ramai orang baru merasa sangat gelisah kerana mereka tidak tahu apa yang harus dicakapkan kepada prospek mereka.

Jangan bimbang, apa yang perlu anda lakukan ialah Cari 'Upline' atau 'Mentor' yang bersedia membantu anda. ‘Leverage’ kepada mereka dan mulakan dengan mencari Ilmu cara buat presentasi dan cara buat panggilan ataupun SMS/WhatsApp.

Pelajari secepat mungkin cara 'Upline' atau 'Mentor' anda berbicara, dengar dengan teliti dan catat dengan baik apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka menyampaikan. Belajar dari mereka sehingga akhirnya anda boleh melakukannya sendiri.

3) Jangan Merasa Takut

Orang baru sering takut untuk berbicara dengan orang lain tentang peluang perniagaan ini, kerana mereka takut ditolak. Apa yang harus mereka sedari, penolakan akan tetap berlaku, kerana mungkin peluang ini bukan untuk mereka atau waktu tidak mengizinkan dan banyak lagi sebab.

Ketika saya mula-mula dalam industri ini, penolakan adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Saya takut mengangkat telefon dan membuat panggilan, kerana saya takut mereka mengatakan "TIDAK."

Cuba lihat, apabila anda menempah makanan di Fast Food restoran dan penjual akan bertanya adakah awak ingin kentang goreng? Apabila anda katakan TIDAK , penjual itu tak perlu keluarkan air mata dan menagis disebabkan kita katakan TIDAK.

Tentu sekali TIDAK! Sebab Kentang goreng bukan untuk semua orang dan adakah ini bermakna anda telah hilang perniagaan anda. Anda hanya perlu mencari orang yang tepat iaitu Mereka yang inginkan peluang perniagaan ini seperti kentang goreng.

4) Jangan Mencipta Roda (Reka Sendiri)

Sebelum anda telah ada orang yang berjaya di dalam perniagaan yang anda ceburi. Jadi jangan membuat keadaan lebih sukar untuk diri anda sendiri dengan berusaha mencipta roda (reka sendiri).

Jika syarikat yang anda ceburi mempunyai sistem pembelajaran yang telah terbukti berjaya, ikuti cara yang sama. Keep it simple! Jangan membuat usaha ini lebih sukar daripada yang sebenarnya.

5) Jangan Lupakan Kekuatan Pelanggan

Sering terjadi kita begitu terfokus pada merekrut rangkaian baru dan mereka benar-benar terlupa tentang pelanggan.

Penjualan runcit adalah sebahagian daripada pendapatan anda di dalam bisnes ini. Pelanggan adalah tulang belakang perniagaan anda. Rangkaian anda menyertai kerana mereka jatuh cinta dengan produk anda dan mereka tinggal pun kerana itu.

6) Jangan Menjauhkan 'Upline' Anda

Upline anda adalah sumber yang paling berharga. Anda juga harus pergi kepada orang yang melatih dan membimbing anda, juga pada orang yang menyokong dan mendorong anda berjaya. Jangan menjauhkan diri anda dari mereka.

Jangan juga mengharap mereka untuk memegang tangan anda sepanjang perniagaan ini.

Saya hanya bersama 'Upline' belajar hanya untuk beberapa minggu sahaja. Kemudian saya terus berdikari mencari ilmu ikut Sistem pembelajaran yang disediakan oleh syarikat. Walaubagaimana saya akan sentiasa berhubung pada 'Upline' saya setiap Minggu.

7) Jangan Biarkan Orang Mencuri Impian anda

Anda mempunyai sebab mengapa anda memulakan perniagaan ini. Mungkin kerana mahu sering bersama anak-anak dan isteri/suami di rumah. Mungkin untuk membeli rumah yang lebih besar dan cantik. Sebuah kereta BMW baru atau mungkin anda hampir bersara dan ingin memastikan anda boleh hidup selesa selepas anda bersara. Mungkin juga ingin pergi bercuti keluarga yang telah lama tertunda. Apa pun yang anda "IMPIKAN" jangan biarkan siapa pun datang mencuri IMPIAN anda. Tetap Fokus pada SATU buat sampai Jadi , jangan lakukan perniagaan ini Separuh JALAN....


Sabtu, 12 Jun 2010

APAKAH RAHSIA KEJAYAAN DALAM NETWORK MARKETING?


Saya pernah menerima soalan cupumas dari 'downline' berbunyi, "Apakah rahsia sebenar mendapat wang dan berjaya di Network Marketing."

Saya percaya jika pertanyaan itu ditujukan kepada anda, tentu anda sudah mempunyai jawapannya.  Jawapan saya mudah sahaja:

Sebenarnya tiada "Rahsia" disebalik mendapatkan wang di Network Marketing.
Yang penting anda harus faham empat (4) faktor berikut:
  1. Syarikat yang anda sertai adalah baik dan kukuh.
  2. Syarikat mempunyai produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh orang ramai dengan tawaran harga yang baik dan berpatutan.
  3. Mempunyai sistem pembayaran yang adil dan Mudah melakukanya.
  4. Mempunyai sistem sokongan Internet dan sistem pembelajaran yang berterusan.

Apabila ciri2 di atas telah lengkap perkara seterusnya ialah tanya pada diri anda"Berapa banyak Wang yang anda mahukan melalui syarikat tersebut" $5000 sebulan? $10,000 sebulan? semuanya anda yang tentukan.

Tetapkan matlamat anda berapa banyak wang yang anda mahukan 3 bulan dari sekarang kemudian FOKUS dan buat perancangan ke arah itu.

Walaupun anda JOIN sebagai ahli di sesuatu syarikat Network Marketing.  Hakikatnya perniagaan itu adalah perniagaan anda sendiri, syarikat hanya menyediakan Platfrom sahaja.  Mulai dari saat menjadi ahli Bina Empire perniagaan anda dengan membina rangkaian seberapa ramai.   Lagi ramai orang di bawah rangkaian anda lagi besar bonus atau commission yang boleh anda perolehi.

Akhirnya, anda perlu menjalankan perniagaan ini untuk jangkamasa panjang dan tidak berharap untuk menghasilkan banyak wang dalam masa yang singkat atau semalaman.

Pelajari dan fahami ILMU menjalankan perniagaan Network Marketing dengan tekun serta ikuti sistem yang betul.

Seperti dalam kebanyakan hal kehidupan, ketekunan dan kesungguhan mengambil satu langkah demi langkah yang akan menyebabkan keputusan cemerlang dan berjaya. Jangan sesekali cepat rasa JEMU dan putus asa.

Jika anda menerima sesuatu perniagaan yang menyatakan anda boleh berjaya cepat tanpa usaha anda harus BERHATI-HATI.

Itu nasihat saya jangan tertipu dengan "Skim Cepat Kaya".  Sekian harap artikel ini bermanfaat untuk anda dan Share pada sahabat2 kita.  Terima kasih.

Isnin, 7 Jun 2010

APAKAH KELEBIHAN BERNIAGA SENDIRI?

KELEBIHAN BISNES SENDIRI


Terdapat banyak kelebihan mengapa anda perlu memiliki perniagaan anda sendiri berikut adalah antara sebab-sebabnya;

  1.  Kerja keras dengan berniaga menghasilkan kekayaan 
  2.  Anda memiliki kemampuan untuk membantu orang lain
  3.  Anda mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga anda
  4.  Anda mempunyai lebih keyakinan dan percaya diri
  5.  Anda memiliki lebih kebebasan wang

Orang yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang mempunyai perniagaan mereka sendiri kerana merekalah yang menentukan masa dan wang.

Saya tidak mengatakan bahawa menjadi seorang pekerja adalah tidak baik, tetapi jika anda mempunyai peluang untuk membuat perniagaan  mengapa tidak mempertimbangkannya?

Mungkin pada peringkat awal anda boleh buat secara Part-Time.  Carilah mana-mana Syarikat yang menawarkan peluang perniagaan secara On-line.  

Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja keras.  Mereka memberi khidmat yang sangat baik.  Mereka juga membuat beberapa keputusan strategik yang akhirnya mereka meraih kejayaan.

Anda boleh mendedikasikan bertahun-tahun hidup sebagai seorang pekerja pada sebuah syarikat, hakikatnya anda sendiri tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan pengurusan, syarikat diambilalih oleh bos lain, pertukaran polisi, keadaan krisis ekonomi dan lain2.

Jika ini berlaku akan memaksa perubahan mendadak pada diri anda tanpa diduga.

Sebaliknya, jika anda mempunyai perniagaan sendiri, anda mungkin menghadapi persaingan atau perubahan undang-undang. Tetapi di sini anda memiliki masa dan peluang untuk berjuang dan memperbetulkan keadaan.

Robert T. Kiyosaki pengarang buku RICH DAD's - CASH FLOW QUADRANT memberi cara bagaimana menjadi seorang Bisnes yang berjaya ialah dengan:

  1. Mencari Seorang Mentor yang telah terbukti berjaya
  2. Membeli Sebuah Perniagaan Francais
  3. Libatkan Diri dalam Perniagaan Network Marketing

Saya percaya anda mempunyai minat tersendiri.  Saya sediakan tiga (3) Platform Bisnes mungkin boleh dijadikan pilihan bisnes anda :
  1. Internet Online Marketing  - www.u2ubiz.com
  2. Network Marketing - www.lifecordeyceps.com
  3. Gold Investment Platform - www.OneGoldDinar.com
Saya doakan anda akan dapat mencari Platform Perniagaan yang sesuai untuk 'Passive Income' dan lebih berjaya dengan berniaga sendiri. 

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com