Anda Dilahirkan Untuk Menjadi Seorang JUARA.

Isnin, 2 Ogos 2010

KENAPA BISNES NETWORK MARKETING?



Ketika mempertimbangkan bagaimana memulakan perniagaan Network Marketing, mulakan dengan melihat pada diri anda sendiri. Anda harus menentukan keperluan dan keinginan  untuk menjalankan perniagaan Network Marketing yang sesuai dengan anda.

  • Apakah tujuan anda? 
  • Apa jumlah pendapatan yang anda mahukan untuk perniagaan ini? 
  • Adakah anda ingin bekerja penuh masa atau separuh waktu? 
  • Adakah anda memerlukan latihan tambahan untuk memulakan perniagaan?
  • Berapakah jumlah modal permulaan? 

Semua soalan ini harus dijawab sebelum memasuki ke dunia pemasaran Network Marketing.
Jika anda yang memilih untuk memulakan perniagaan Network Marketing.
  • Pilih syarikat yang baik dan kukuh
  • Sah disisi undang-undang dan telah terbukti perniagaannya.

Hari ini, Multilevel Marketing adalah perniagaan yang sangat besar. Terdapat banyak syarikat-syarikat multi-nasional besar menjalankan perniagaan Network Marketing .  
Jika anda mempertimbangkan untuk menjadi pengedar syarikat seperti itu. Anda mesti memilih syarikat yang menawarkan 
  • Produk yang baik dan berkualiti, 
  • Mempunyai latihan dan sokongan program-program untuk membantu anda menjalankan perniagaan anda.

Keperluan kewangan untuk memulakan sebuah perniagaan Network Marketing biasanya cukup rendah dan tiada risiko.

Dalam kebanyakan kes, anda akan dibayar komisyen atas jualan dan 'referral' yang anda hasilkan dan komisyen dari penjualan atau khidmat yang 'downline' anda hasilkan iaitu orang-orang yang telah anda sponsor untuk mengikuti program ini.

Memulakan perniagaan Network Marketing sebaiknya bermula dari
Keluarga anda, teman, dan rakan yang boleh menjadi pelanggan dan Rakan kongsi anda. Setelah itu anda boleh mulakan dengan mencari pasaran lain seperti di masjid, sekolah, persatuan dan lain-lain.

Jika artikel ini bermanfaat harap 'Share' bersama rakan yang minat dalam Bisnes Network Marketing.  Terima Kasih


  

0 ulasan :

Cari Blog Ini

Follow ME

Copyright © Bisnes Dari Rumah | Powered by Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com